Kluster Tawar dan Sivagangga mungkin dari sumber jangkitan sama
  • 4 years ago
Penjujukan genom (genome sequencing) menunjukkan bahawa kluster Tawar dan Sivagangga berkemungkinan mempunyai sumber jangkitan yang sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan analisis menunjukkan bahawa sampel virus daripada kedua-dua kluster itu tidak hanya membawa mutasi D614G, tetapi juga daripada kumpulan organisma dari keturunan yang sama (clade).

Mutasi D614G dipercayai oleh beberapa pakar mempunyai kebolehjangkitan yang tinggi.
Recommended