Murid sekolah rendah lima kes baru Kluster Tawar - KKM (1)
  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 5 kes baru yang dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini, menjadikan jumlah kes dalam kluster ini 70 kes setakat ini.

"Kelima-lima kes baru ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah rendah di negeri Kedah.

"Mereka telah dikenalpasti melalui pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat kes-kes positif kluster ini.

"Hasil siasatan mendapati mereka adalah kontak rapat kepada kes ke-9197 yang merupakan seorang pelajar prasekolah (kes ini telah dilaporkan pada 16 Ogos 2020)," kata beliau pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.