KKM rekod kes ibu, anak baru lahir diuji positif Covid-19

  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan merekodkan satu kes ibu hamil yang diuji positif Covid-19, sebelum kemudian bayinya juga dijangkiti virus itu dua minggu selepas bersalin.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya belum dapat memastikan sama ada jangkitan itu berlaku semasa kehamilan atau sebaliknya.

Sementara itu, terdapatnya kes-kes angin ahmar (stroke) di kalangan pesakit Covid-19 adalah disebabkan tiga faktor yang menyebabkan saluran darah mereka tersumbat.