Kluster Tawar berpunca daripada upacara keagamaan

  • 4 years ago
Kes pertama kluster Tawar merupakan pesakit ke- 9,113, seorang warganegara Malaysia yang menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarganya pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu.

Seramai 30 orang dilapor menghadiri upacara berkenaan.

Pesakit berkenaan mula mengalami sakit dada dan demam pada 8 Ogos sebelum mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan serta dikesan positif Covid-19 pada 11 Ogos.

Menurut Kementerian Kesihatan, kesemua kes dalam kluster ini merupakan ahli keluarga kepada pesakit berkenaan.

Setakat ini, 86 kontak telah disaring termasuk ahli keluarga, kontak rapat di hospital dan lain-lain kontak.

Daripada jumlah itu seramai 56 orang masih menunggu keputusan ujian.