325 petugas KKM positif COVID-19, 70% berpunca dari aktiviti persendirian
  • 4 years ago
Seramai 325 anggota Kementerian Kesihatan (KKM) dikesan positif COVID-19 iaitu 5.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di kalangan anggota KKM, sebanyak 185 kes sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota KKM ini bukan disebabkan oleh pengendalian kes yang disahkan positif COVID-19 di fasiliti kesihatan KKM.