"Bersabarlah" - Agong belanja McDonald's pula kepada petugas media
  • 4 years ago
Hari ini masuk hari kedua, petugas media menanti di luar perkarangan istana negara untuk mendapatkan perkembangan politik.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan orang ramai supaya bersabar dengan perkembangan semasa politik negara.

"Kita ambil berat... bersabarlah. Pertama sekali, biarkan saya mesyuarat dulu (dengan ahli parlimen).

"Saya harap kita akan dapat penyelesaian terbaik untuk negara," katanya.

Terdahulu, baginda menyerahkan hidangan makan tengahari dari McDonald's kepada media yang bertugas di sini.