Kluster Sivagangga, Kurau meningkat akibat aktiviti kunjung-mengunjung Aidiladha

  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa peningkatan kes positif di kalangan kluster Sivagangga dan Kurau kebelakangan ini adalah disebabkan aktiviti kunjung-mengunjung semasa perayaan Aidiladha.

Kebanyakan kes positif kedua-dua kluster ini adalah terdiri daripada ahli keluarga.

Golongan warga emas dan juga kanak-kanak turut termasuk dalam kes-kes positif dalam kluster ini, iaitu dalam lingkungan umur dua hingga 70 tahun.

Sehubungan itu Dr Noor Hisham menasihatkan individu yang tidak sihat atau bergejala tidak sepatutnya mengunjungi atau menyertai sebarang kenduri-kendara dan perayaan.