Menteri- Keputusan kerajaan negeri boleh dicabar di mahkamah

  • 4 years ago
Kerajaan negeri perlu merujuk kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP sebelum melaksanakan sebarang prosedur standard operasi (SOP), kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, penguatkuasaan undang-undang sukar dilaksanakan sekiranya kerajaan negeri melaksanakan peraturan yang tidak mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu katanya, tindakan kerajaan negeri tersebut juga boleh dicabar di mahkamah kerana kuasa untuk melaksanakan Akta 342 merupakan hak kerajaan pusat.