'Keputusan Agong pilih pembentukan kerajaan baru satu keputusan tepat'
  • 4 years ago
Keputusan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memberi laluan kepada gabungan Perikatan Nasional membentuk kerajaan baru ketika pandemik Covid-19 merupakan satu keputusan yang tepat, kata Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Bung berkata keadaan mungkin akan bertambah buruk sekiranya pilihanraya mengejut diadakan di tengah-tengah penularan wabak itu di Malaysia.