TMJ boleh tukar, Perdana Menteri, rakyat boleh tukar - Tun M
  • 5 years ago
Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan hanya rakyat berhak menjatuhkan perdana menteri.

Dr Mahathir diminta mengulas video menyaksikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjawab permintaan penyokongnya yang tular di media sosial.

“Pada masa dulu ada TMJ yang sudah ditukar beri kepada adiknya. TMJ boleh tukar. Perdana menteri cuma rakyat sahaja boleh tukar.

“Dia bukan orang besar. Dia orang kecil. Kalau dia boleh undi, undilah bagi saya jatuh,” kata perdana menteri dalam satu sidang media hari ini.

Tular sebuah video menyaksikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjawab permintaan peminat menggesa ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim Benjamin Mora ditukar.

Tunku Ismail bagaimanapun didapati menjawab lebih baik menukar perdana menteri daripada jurulatih itu.