Kenapa dulu TMJ tak gesa tukar Najib, soal Syed Saddiq
  • 5 years ago
Baru-baru ini sebuah rakaman video menunjukkan Tunku Ismail beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium di Larkin, Johor selepas JDT 1-0 tewas kepada Shandong Luneng pada perlawanan Kejuaraan Liga AFC.

Ketika kenderaan SUV berwarna hitam yang membawa Tunku Ismail melintasi jalan, penyokong JDT melaungkan "hidup TMJ" namun salah seorang daripada mereka berkata "tukar Mora" merujuk jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Kenderaan SUV itu kemudian tiba-tiba berhenti dan Tunku Ismail yang duduk di bahagian hadapan mengeluarkan kepalanya dari tingkap dan berkata: "Daripada tukar Mora baik tukar perdana menteri."