Syed Saddiq berterima kasih, mohon ampun kepada TMJ
  • 3 years ago
Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu rakaman video kerana menyumbang RM300,000 kepada penduduk Muar.

Dalam video yang sama, Syed Saddiq turut memohon ampun kepada Tunku Ismail sekiranya pernah menyinggung perasaannya dan keluarga Diraja Johor sebelum ini.

Tunku Ismail semalam memuat naik gambar cek sumbangannya kepada rakyat Muar di Instagram sambil menyindir Syed Saddiq supaya berhenti 'mempergunakan rakyat Muar untuk kepentingan peribadi' dan mendakwa ahli parlimen itu bukan anak jati Johor.

Sumber video: https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1343815012490436608