PKP fasa tiga mampu tamatkan Covid-19
  • 4 years ago
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga bermula esok adalah waktu kritikal dalam usaha negara menghapuskan wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, unjuran graf berkaitan kes Covid-19 ketika ini adalah kesinambungan kawalan yang sudah dilaksanakan.

Beliau berkata, negara ini masih dalam fasa pemulihan daripada penularan wabak Covid-19 setakat minggu ke-13.

“Tetapi kita akan terus pantau sebab kes belum berkurangan lagi. JP Morgan sebelum ini jangkakan kita bakal berdepan peningkatan kes mendadak sebanyak 6,300 kes esok.

“Namun setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia hanya mencatatkan 4,817 kes.

“Esok saya jangkakan jumlah keseluruhan positif Covid-19 adalah kurang daripada 5,000 kes dan ia hasil keberkesanan daripada PKP fasa pertama dan kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, semalam.