PKP Fasa 3: Sektor berkaitan perlu dapat kelulusan MITI untuk beroperasi semula
  • 4 years ago
Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat syarikat-syarikat yang tidak terlibat dalam perkhidmatan keperluan asas mengambil kesempatan untuk memulakan operasi perniagaan.

Keadaan tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan di ibu negara.

Menurut Ismail lagi, mana-mana sektor berkaitan hanya dibenarkan beroperasi setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).