Batal bazar Ramadan di seluruh Selangor - MB

  • 4 years ago
Kerajaan Selangor membuat keputusan membatalkan bazar Ramadan di negeri itu buat ketika ini susulan penularan wabak Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembatalan bazar Ramadan itu dilakukan selepas perbincangan dilakukan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.

“Kita akan batalkan bazar Ramadan di seluruh Selangor sehingga masa bersesuaian ditetapkan.

“Jika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri memberi saranan ia boleh dilaksanakan, kita akan lakukan tetapi buat masa ini kita batalkan terlebih dulu,” katanya.

Beliau berkata sedemikian pada pemberita pada majlis pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 di Shah Alam, semalam