Kedah batal bazar Ramadan dan Aidilfitri
  • 4 years ago
Kedah membuat keputusan untuk membatalkan bazar Ramadan dan jualan sempena perayaan Aidilfitri di negeri itu pada tahun ini susulan penularan wabak Covid-19.

Menteri Besar, Mukhriz Mahathir berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan dilakukan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kita nak mengelakkan berlaku pengumpulan atau (orang) berhimpun ramai-ramai yang boleh menyebabkan penularan wabak ini.

"Kita akan minta semua pihak berkuasa tempatan yang sudah berurusan, termasuk yang sudah ambil deposit untuk sewa tapak atau gerai, supaya pulangkan bayaran itu," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.
Recommended