"Projek lain boleh batal, takkan PSS tak boleh batal?" - Najib
  • 4 years ago
Bekas Perdana Menteri, Najib Abdul Razak berkata kerajaan BN di bawah pentadbirannya menolak pelaksanaan PSS dan tidak mungkin akan melaksanakannya.


"Dia (PSS) cuma jadi cadangan... tapi cadangan tak diterima kerajaan BN, itu Joseph Pairin Kitingan telah terangkan malam itu dan saya mengesahkan apa dia katakan.

Terdahulu, ketika himpunan muafakat rakyat Sabah di Kimanis, Pairin yang juga bekas ketua menteri menyifatkan Shafie berbohong apabila mendakwa PSS diluluskan BN ketika beliau mentadbir negeri itu.

Menurut Pairin, dakwaan itu tidak berasas kerana beliau tidak mempengerusikan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PTI) di Sabah ketika itu.

Dan selepas itu, Minit mesyuarat yang didedahkan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal adalah minit mesyuarat jawatankuasa teknikal pengurusan warga asing di Sabah.

Dalam mesyuarat yang berlangsung pada 14 Mac 2016 itu, jawatankuasa itu mencadangkan agar Pas Residen Sabah diperkenalkan.

PSS ialah dokumen baru Jabatan Imigresen yang dikeluarkan terhadap pendatang, bagi menggantikan dokumen sedia ada iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.

Ini susulan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing pada 6 Sept, 2019 dan diumumkan kemudian Muhyiddin pada hari yang sama.

Pemegang IMM13 ialah pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada 1970-an. Ia terjadi ketika meningkatnya keganasan puak pemisah di rantau Mindanao yang menyaksikan ramai pelarian daripada rejim Marcos.

Pendatang ekonomi, sebaliknya diberikan Kad Burung-Burung pada tahun 1980-an. Selainnya, diberikan kad Sijil Banci oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan pada 1990-an.

IMM13 dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, manakala kad Burung-Burung oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan sijil banci oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Recommended