Azmin enggan jawab isu lain, fokus PRK Kimanis
  • 4 years ago
Pakatan Harapan (PH) perlu terus memberikan sokongan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam tempoh kempen yang berbaki lebih kurang 24 jam lagi.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan menjawab isu-isu lain ketika petugas media bertanyakan soalan selain isu PRK Kimanis.

Ditanya tentang isu peralihan kuasa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau hanya berkata "tumpuan saya pilihanraya kecil Kimanis.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah di Kampung Pimping, sini, malam tadi.

PRK Kimanis menyaksikan pertembungan antara calon Warisan, Karim dan Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan pilihan raya umum lalu di kerusi parlimen berkenaan atas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mematuhi prosedur pilihan raya.

Calon Umno, Anifah Aman memenangi PRU berkenaan dengan majoriti tipis 156 undi.