Ada orang kata PRK Kimanis seperti pertandingan Malaysia lawan Filipina
  • 4 years ago
Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, berkata pertembungan antara BN dan Warisan di Kimanis umpama perlawanan antara Malaysia dengan Filipina.

Jelasnya, beliau dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa BN itu Malaysia dan Filipina adalah Warisan.

"Ada orang cakap pada saya, Datuk itu semua orang Filipina, itu dibayar itu, saya tak tahulah... saya menyambung cakap saja.

"Bagaimanapun saya yakin anak-anak Sabah akan ubah kerajaan PH Warisan Sabah," jelas Mohamad.