'Kalau bukan PRK Kimanis, Shafie akan beri lebih banyak PSS pada PTI'

  • 4 years ago
Momokan bahawa parti Warisan 'mesra' pendatang tanpa dokumen di negeri itu terus digunakan dalam kempen Barisan Nasional bagi meraih undi.

Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin hari ini mendakwa ketua menteri Sabah Shafie Apdal akan menawarkan lebih banyak Pas Sementara Sabah (PSS) kepada warga asing sekiranya Warisan memenangi PRK Kimanis pada Januari lalu.

Untuk rekod, PSS merupakan dokumen baru bagi menggantikan dokumen imigresen sedia ada iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.

Bagaimanapun kerajaan Sabah telah membatalkan pelaksanaan PSS Januari lalu setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/363055831494774