Video: Pesawat Lion Air terhempas, 188 dikhuatir terbunuh

  • 6 years ago
Sebuah pesawat penerbangan Lion Air dari Jakarta dengan 188 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan terbunuh apabila kapal terbang itu terjunam ketika menuju ke pekan Pangkal Pinang di pulau Sumatra.

Menurut laporan Reuters, seorang jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia berkata, penerbangan Lion Air, JT610 itu terputus hubungan kira-kira 13 minit selepas berlepas.

Jurucakap agensi itu ketika ditanya nasib pesawat Lion Air itu melalui teks turut mengesahkan bahawa pesawat itu telah terhempas.

Dipercayai sebuah kapal tunda yang berlepas meninggalkan pelabuhan di ibu negara itu melihat pesawat itu terjunam.

Serpihan pesawat itu ditemukan oleh kapal milik syarikat petroleum Indonesia, Pertamina Hulu Energi.

Antara barang-barang yang ditemui termasuk jeket kesemalatan dan beberapa barang pribadi penumpang, seperti telefon bimbit.

Penerbangan JT610 itu berlepas kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangka mendarat di pekan Bangka-Belitung pada kira-kira 7.20 pagi.