Pesawat KC-130 Hercules terhempas, 16 maut

  • 7 years ago
Sebuah pesawat pengangkut tentera Amerika Syarikat terhempas di kawasan pedalaman di Mississippi pada Isnin, mengorbankan seramai 16 orang.

Reuters melaporkan menurut kenyataan pihak berkuasa, tidak ada maklumat rasmi berhubung nahas pesawat tentera itu.

Beberapa laporan media tempatan memetik pesawat pengangkut jenis KC-130 Hercules itu dalam perjalanan dari Cherry Point, Utara Carolina di mana ia merupakan lokasi pangkalan tentera marin udara.

Sehingga kini, tidak ada maklumat rasmi disiarkan.

Pesawat KC-130 merupakan antara pesawat yang sering digunakan dalam misi ketenteraan.

Pesawat pengangkut itu digunakan untuk membawa kargo, misi taktikal, dan pengisian petrol untuk pesawat dari udara.

Video yang disiarkan dari helikopter menunjukkan kepulan asap selain kelihatan bangkai pesawat yang masih terbakar akibat terhempas.