41 maut pesawat kargo terhempas di Sudan

  • 9 years ago
Seminggu selepas tragedi pesawat penumpang Rusia terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir mengorbankan 224 orang, sebuah kapal terbang kargo buatan negara sama, hari ini terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juba, ibu negara Sudan Selatan.

Nahas terbaharu itu mengorbankan kira-kira 41 orang yang berada di dalam pesawat. Pesawat jenis Antonov itu dilaporkan terhempas di tebing Sungai Nil Putih, hanya 1.6 kilometer daripada lapangan terbang berkenaan ketika dalam penerbangan ke negeri Upper Nile.