11 mati pesawat terhempas ketika pertunjukan udara

  • 9 years ago
Seramai 11 orang terbunuh apabila sebuah pesawat vintaj tentera terhempas di jalan raya yang sibuk berhampiran kawasan pertunjukan udara di pantai selatan England.

Tujuh kematian sudah disahkan selepas pesawat Hawker Hunter yang direka pada 1950-an, gagal membuat aksi dan terhempas di jalan raya bersebelahan kawasan pertunjukan udara Shoreham dekat Brighto.

Nahas berkenaan menyebabkan percikan api dan disusuli asap tebal serta hitam ke udara manakala gambar selepas kejadian menunjukkan beberapa kenderaan turut terbakar.