'Saya terkejut cadangan Hishammuddin'
  • 6 years ago
Tindakan Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menawarkan dirinya untuk mencari ahli pernigaan kontroversi Low Taek Jho di China bagi menyelesaikan kes 1MDB menimbulkan rasa kurang senang anggota parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN).

Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata tindakan itu boleh menimbulkan persepsi rakyat sama ada bekas pemimpin Umno mahu melepaskan diri dalam keadaan anggota parti itu kini disiasat berkaitan pentadbiran kerajaan terdahulu.

Shamsul berkata demikian mengulas kenyataan Hishammuddin semalam yang menawarkan diri mencari Jho Low sehingga kelubang cacing.

https://www.kinitv.com/video/66703O74 - Hishammuddin mahu cari Jho Low di China

Semalam, Hishammuddin menawarkan dirinya untuk mencari Jho Low di China bagi menyelesaikan kes 1MDB.

Katanya, tawaran itu dibuat atas kapasiti peribadi dan bukannya permintaan daripada Putrajaya.