'Saya terkejut dan terus hubungi Menteri yang bertanggungjawab'

  • 5 years ago
Penggunaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) untuk menahan individu di bawah 18 tahun tanpa perbicaraan perlu dikaji semula, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Wan Azizah berkata demikian selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan pertubuhan hak asasi Suaram menggesa agar akta itu tidak digunakan terhadap kanak-kanak dan individu di bawah umur. Suhakam juga mahu 142 kanak-kanak yang ditahan di bawah akta itu dibebaskan.

Diminta mengulas lanjut, Wan Azizah yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Wan Azizah juga berkata bahawa individu di bawah umur perlu diberi peluang untuk pemulihan.