UK janji pulangkan aset 1MDB yang disita - Anwar
  • 6 years ago
United Kingdom komited untuk membantu kerajaan Malaysia dalam siasatan ke atas 1MDB.

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara itu juga bersetuju untuk memindahkan sebarang aset yang disita mereka jika ia memang mempunya kaitan dengan firma pelaburan milik Kementerian Kewangan tersebut.

Hasil pertemuan dengan Setiausaha Luar dan Hal Ehwal Komanwel UK Boris Johnson di London baru-baru ini Anwar menegaskan hakikat mengenai sejarah yang terjalin di antara kedua-dua negara sejak lama dulu.

Menurut kenyataan dikeluarkan pejabatnya, Anwar turut menyatakan bahawa Malaysia dan UK akan mengukuhkan persahabatan kedua-dua negara demi kepentingan bersama di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan.

Anwar terbang ke UK baru-baru ini sebagai langkah membincangkan isu berkaitan pilihan raya umum ke-14 yang diadakan pada 9 Mei lalu.

Sejak menubuhkan kerajaan baru HARAPAN segera menubuhkan pasukan khas bagi menyelia siasatan berhubung syarikat yang terkait secara langsung dengan perdana menteri keenam Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.