'Yang Botak' - Dana terkumpul, Syed Saddiq tunai janji botak kepala

  • 3 years ago
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menunaikan janjinya untuk mencukur rambutnya menjadi botak jika sasarannya untuk mengumpulkan sejumlah wang berjumlah RM200,000 tercapai.

Ahli parlimen berusia 28 tahun itu malah melebihi sasarannya dengan mengumpulkan RM383,000 setakat jam 7 malam hari ini.

Dana dari kempen '1 Keluarga 1 Laptop' itu akan digunakan untuk menyediakan komputer riba bagi pelajar yang kurang bernasib baik di Muar.