'Janji 75 ribu dos vaksin sehari, tapi hanya bagi 25 ribu' - Anwar
  • 3 years ago
Pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim mengkritik kelewatan pemberian vaksin Covid-19, dengan mengatakan negara kini berada jauh di belakang berbanding 75,000 dos suntikan yang dijanjikan untuk sehari.

Anwar berkata, kadar vaksinasi ketika ini hanya sekitar 25,000 dos sehari.

Beliau turut membidas kerajaan Perikatan Nasional yang tidak telus dalam soal pemerolehan dan pemberian vaksin Covid-19.

Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/187894829858184