Penghadang runtuh, puluhan cedera ketika aksi final Piala Teluk 2018

  • 6 years ago
Dilaporkan sekurang-kurangnya 40 orang cedera selepas penghadang penyokong di Stadium Jaber Al-Ahmad runtuh dalam satu kejadian pada 5 Januari lalu.

Kejadian itu berlaku selepas Oman berjaya menjuarai Piala Teluk 2018 mengalahkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi penentuan sepakan penalti 5-4.

Para pemain Oman sedang berdiri di hadapan penyokong mereka untuk meraikan kejadian dan penyokong dengan sorakan meraikan kejayaan manis itu.

Namun difahakam berlaku tolak menolak yang kuat dibahagian penghadang tersebut hingga menyebabkan ia runtuh dan kelihatan puluhan penyokong jatuh mengikuti penghadang tersebut.

Penyokong yang jatuh cedera kerana merempuh penghadang tersebut kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Al Jazeera melaporkan Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Jaber al Mubarak al Sabah telah menziarahi penyokong yang cedera