Tom Cruise cedera ketika 'shooting' Mission: Impossible 6

  • 7 years ago
Pelakon terkenal Tom Cruise cedera ketika penggambaran filem sikue, Mission: Impossible 6 di London semalam.

Menerusi video, Cruise, 55 tahun berjalan terhincut-hincut selepas melompat dari sebuah pelantar ke bumbung bangunan dalam jarak kira-kira lima meter.

Beliau gagal mendarat kemas di bumbung berkenaan dengan tubuhnya terhempas ke bucu bangunan terbabit.

Penggambaran dihentikan atas permintaan Cruise yang gemar melakukan aksi lagak ngeri sendiri tanpa mengunakan pelakon lakan ngeri (stunt man).