Piala Super Suramadu: Kedah seri aksi pertama

  • 6 years ago
Skuad Lang Merah sekadar seri 2-2 menentang Persela FC pada aksi pertama Piala Super Suramadu di Stadium Gelora bangkalan, Jawa Timur, Indonesia semalam.

Dua gol kedah dijaringkan pemain muda mereka iaitu Zafuan Azeman dan Mohd Hidhir Idris.

Kejohanan ini adalah bersempena memperingati ulang tahun kedua Madura United FC pada 10 Januari 2018 ini yang turut disertai tiga lagi kelab dari Indonesia iaitu Madura United, Persebaya Surabaya dan Persela FC.

Perlawanan serta pembabitan Kedah dalam Piala Super Suramadu ini adalah aksi perlawanan pra musim serta pemanas badan sebelum bermulanya Liga Super 2018.