MBI Kedah: SPRM teliti dokumen pemindahan wang RM13 juta

  • 3 years ago
SPRM sedang meneliti beberapa dokumen berhubung wang RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah yang didakwa telah dipindahkan ke akaun bank luar negara.

Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap dilaporkan berkata, pihaknya memperoleh dokumen itu selepas pegawainya menemui Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor di pejabatnya semalam.