Polis Kedah tumpas sindiket dadah dengan rampasan bernilai RM18 juta
  • 3 years ago
Polis Kedah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah terbesar bagi tahun ini, susulan penahanan tujuh lelaki dan penemuan pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM18 juta berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini.

Ketua Polis Kedah Hasanuddin Hassan berkata, penahanan yang dilakukan dalam empat serbuan berasingan pada Rabu dan Khamis itu, melibatkan tangkapan lima lelaki warga Thailand dan dua lelaki tempatan berumur 32 hingga 48 tahun.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisKedah/videos/1055276028269886