Sindiket edar dadah ke Indonesia tumpas, RM1.4 juta syabu dirampas

  • 3 years ago
Polis Marin Johor dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Johor berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah ke Indonesia.

Menurut Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay sebanyak 31kg dadah jenis syabu dengan nilai pasaran RM1.4 juta telah dirampas dalam operasi khas di Kota Tingga dan Johor Bharu pada 6 Disember lalu.

Dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia turut ditahan dalam serbuan tersebut.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/1538104339730895