Wanita ketuai sindiket dadah bernilai RM7.8 juta tumpas
  • 3 years ago
Seorang wanita disyaki ketua sindiket pengedaran dadah antara enam individu yang ditahan bersama bahan asas heroin (heroin base) seberat 87.86 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM7.8 juta.

Kesemua suspek yang terdiri daripada warga tempatan berusia 22 hingga 48 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dalam enam serbuan pada Jumaat lepas.

Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata hasil risikan dan maklumat orang awam, polis menyerbu beberapa rumah yang dijadikan tempat pengedaran dadah itu, selain menjumpai 240 slab heroin.

Sumber Video: https://www.facebook.com/jsjnpdrm/videos/720161075350982