Ketandusan gol, penyokong bawa 'anak panah' ke stadium

  • 7 years ago
Disaat kemelut prestasi skuad Harimau Malaya yang cukup suram, mungkin penyokong boleh membantunya selain daripada membuang jurulatih dan pemain sedia ada.

Sebagai contoh penyokong kelab FC Magdeburg di Liga 3 Jerman telah memberikan sokongan 'luar kotak' yang membuatkan pasukan kesayangan mereka kembali bangkit.

Apa yang mereka lakukan? Ya selepas lima perlawanan berturut-turut tanpa sebarang jaringan gol, penyokong mengambil inisiatif untuk membantu mereka menjaringkan gol.

Para penyokong berkumpul di tempat duduk betul-betul di belakang gol pasukan lawan dengan memegang plakad berbentuk anak panah.

Plakad anak panah itu dihalakan ke arah gol bagi membantu pemain mengetahui di mana gawang lawan berada dan disitu gol perlu dijaringkan.

Inisiatif 'luar kotak' ini ternyata berhasil apabila pasukan mereka menjaringkan gol walaupun kalah dengan keputusan 1-2 kepada pasukan lawan.

Recommended