Video: Penyokong bermalam di stadium, ramai tak dapat tiket

  • 8 years ago
Ribuan penyokong skuad Helang Merah sanggup bermalam di perkarangan Stadium Darul Aman bagi mendapatkan tiket separuh akhir Piala Malaysia antara Kedah Dan PDRM.

Walaubagaimanapun kaunter tiket yang dibuka sejak 9 pagi tadi diserbu para penyokong yang hadir dan diberitahu bahawa tiket bagi perlawanan tersebut sudah habis terjual.

Ramai antara penyokong ternyata kecewa dengan apa yang berlaku hingga ada yang sanggup memanjat pagar kaunter tiket bagi mendapatkan tiket tersebut.