'Tak adil Bumiputera dapat 97% peruntukan tapi kaum Cina, India hanya dapat 3%'
  • 2 years ago
Hassan Abdul Karim (PH - Pasir Gudang) membangkitkan di Dewan Rakyat bahawa adalah tidak adil apabila kaum Cina dan India hanya diperuntukkan 3 peratus berbanding 97 peratus yang diperuntukkan untuk masyarakat Bumiputera dalam Bajet 2022.

Hassan berkata, walaupun beliau seorang penggubal undang-undang Melayu dan beragama Islam, beliau tidak boleh berdiam diri berhubung layanan tidak adil yang dihadapi oleh masyarakat bukan Bumiputera.