KKM: PATI bawa masuk kes ke Sabah, perlu ketatkan kawalan sempadan
  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan mahu kawalan sempadan negara diperketatkan bagi membendung kemasukan kes Covid-19 oleh pendatang tanpa izin (PATI).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, ini berdasarkan dua kes indeks di Kluster Benteng Lahad Datu yang melibatkan PATI.

Selain itu katanya, pertambahan kluster baru bukan sesuatu yang membimbangkan dan setakat ini sebanyak 98 kluster telah berjaya ditamatkan daripada 103 jumlah kluster di Malaysia.