300 penyokong, majoriti ahli Umno iringi Najib ke mahkamah
  • 2 years ago
Bekas Perdana Menteri Najib Razak tiba di Mahkamah Persekutuan hari ini bagi prosiding rayuan akhir kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

Perkarangan Istana Kehakiman dibanjiri lebih 300 penyokong yang majoritinya ahli Umno dan ada yang hadir dari Pekan, iaitu kawasan Parlimen Najib.

Beberapa penyokong ketika ditemui media mendakwa bekas perdana menteri itu tidak diberi perbicaraan yang adil.