Penyokong sambut hari jadi Najib di mahkamah
  • 5 years ago
Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk pendengaran kes SRC International, bersambut kehadiran kira-kira 30 penyokongnya yang telah menunggu di lobi sejak awal pagi ini.

Mereka membawa kek coklat dan mula menyanyikan lagu selamat ulang tahun kelahiran "Allah selamatkan kamu" sebaik sahaja Najib keluar dari kereta Proton Perdana hitamnya dengan nombot plat TN50.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden MIC M Saravanan.

Najib genap umurnya 66 tahun pada hari ini.