Malaysia tewas 3-0 bertemu Korea Selatan

  • 7 years ago
Skuad kendalian Bojan Hodak tewas pada perlawanan keempat bagi aksi kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Paju, Korea Selatan sebentar tadi.

Menang tiga perlawanan sebelumnya menjadikan Malaysia berada ditangga kedua dibelakang Korea Selatan dengan sembilan mata.

Kesemua gol Korea Selatan dijaringkan pada babak pertama perlawanan dengan Um Wonsang pada minit ke-11, Kim Jungmin minit ke-38 dan Cho Young Wook menerusi sepakan penalti pada minit 47 permainan.