Video: Oscar gagal dua sepakan penalti, Shanghai SIPG tewas

  • 7 years ago
Hari yang malang buat bekas pemain Chesea, Oscar apabila gagal menyempurnakan dua sepakan penalti pada perlawanan menentang kelab dari Jepun.

Shanghai SIPG tewas 0-1 kepada Urawa Red Diamonds dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia AFC 2017.

Selepas gagal pada sepakan penalti yang pertama, sepakan penalti kedua oleh pemain kebangsaan Brazil itu tinggi melambung melepasi gawang lawan.