Video: "Ref gilo!, ref gilo" laungan penyokong Kelantan selepas tewas kepada JDT

  • 7 years ago
Kekalahan 3-2 pasukan The Red Warriors (TRW) kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi membuatkan penyokong tuan rumah berang dan berkumpul diluar perkarangan Stadium Sultan Muhamamd IV, Kota Bharu.

Laungan "reff gilo!, reff gilo" dilaungkan penyokong Kelantan tanda protes kepada keputusan pengadil ketika perlawanan tersebut yang memberi kad merah kepada pemain TRW Mohammad Qayyum Marjano Sabil selepas tindakannya menarik baju pemain JDT.

Satu lagi keputusan pengadil yang dipercayai kurang disenangi penyokong adalah sepakan penalti kepada JDT yang disempurna oleh Gabriel Guerra pada minit ke-27 perlawanan.