JDT setelah 2 tahun selepas bergelar juara Piala AFC
  • 6 years ago
Tarikh 31 Oktober 2015 adalah detik indah buat kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila muncul juara Piala AFC buat julung kalinya.

Pada penampilan pertamanya JDT melangkah hingga ke akhir dan menjadi juara. Tahun gemilang buat JDT dan ini adalah kejayaan terbesar JDT setakat ini.

Itu kisah dua tahun lalu, tapi kini JDT sudah berubah, pada 2016 dan 2017 JDT terkandas pada peringkat separuh akhir zon Asia Tenggara untuk Piala AFC.

Bertemu Gamba Osaka untuk peringkat kalah mati Liga Juara -Juara Asia (ACL) pada awal tahun ini dan tewas 3-0.
Piala Liga Super terus dalam genggaman JDT untuk kali keempat berturut.

Piala FA 2016 berpindah tangan ke negeri jelapang padi untuk tahun 2017.

Jurulatih bertukar, pemain keluar dan masuk tapi JDT terus berjalan ke depan untuk misi yang lebih besar.

Kini bola sepak Malaysia dipenghujungnya hanya tinggal final Piala Malaysia buat tatapan peminat sebelum ia berehat.

JDT bertemu Kedah buat seberapa kalinya , adakah JDT akan menjulang Piala yang belum tiba di Larkin sejak tahun 1991?

Menarik untuk kita saksikan dan lebih dari itu kita mahu lihat apa JDT akan lakukan untuk musim 2018.

2013 JDT ditubuhkan, tahun 2015 masa JDT meraikan masa paling gemilang, Tak terkalahkan JDT untuk tahun 2016 dan 2107 JDT melangkah lebih jauh.