Laungan "Penipu", "Tolak PH" cetus provokasi antara penyokong
  • 4 years ago
Di sekitar perkarangan dewan di Beaufort di mana merupakan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kimanis hari ini, berlaku sedikit provokasi antara penyokong BN dan Warisan (PH).

Provokasi berlaku apabila ribuan penyokong BN menjerit "Penipu" dan "Tolak PH" kepada ribuan penyokong Warisan yang berdiri lebih kurang 50 meter di hadapan mereka.

Bagaimanapun, polis berjaya mengawal keadaan.

Pilihan raya kecil ini diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember tahun lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Anifah Aman di kerusi itu pada pilihan raya umum (PRU) 2018.

Pada PRU 2018, Anifah memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi.
Recommended