Video halang penguatkuasa MBSA bertugas cetus kemarahan ramai

  • 7 years ago
Rakaman dua individu mengganggu penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan tugas mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial.

Rakaman berdurasi dua minit itu terjadi di Bukit Rahman, Sungai Buloh bermula apabila penguatkuasa terbait engeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang gagal mempamerkan kupon parkir seperti yang dilaporkan Utusan Online.

Penguatkuasa wanita itu didatangi oleh seorang wanita yang memarahinya kerana mendakwa dia telah mempamerkan kupon parkir, keadaan bertambah panas apabila datang seorang lelaki yang kemudian mengganggu penguatkuasa berkenaan.

Ketika penguatkuasa tersebut mahu beredar lelaki berkenaan menghalang dengan menarik baju penguatkuasa berkenaan.

Menurut Utusan Online penguatkuasa itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) semalam.