Video budak bermain ditingkap pangsapuri cetus kritikan
  • 8 years ago
Seorang pengguna di laman twitter memuat naik satu rakaman memaparkan seorang budak bermain di tingkap sebuah rumah pangsapuri mencetuskan pelbagai kritikan para pelayar internet.

Dalam rakaman tersebut dengan jelas budak tersebut bermain hingga berada di luar tingkap berkenaan yang berada kira-kira tingkap empat atau lima pangsapuri tersebut.

Para pelayar internet memberikan reaksi marah kepada ibu bapa dan penjaga budak berkenaan yang tidak mengawasi tingkah laku anak mereka sehingga merbahayakan nyawa.