'Jangan ganggu polis sedang bertugas' - kata Hamzah pada Ronnie Liu
  • 3 years ago
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin berkata sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat mengganggu pihak polis ketika bertugas akan dikenakan tindakan.

Pada Isnin, tular rakaman video kejadian yang menyaksikan Ronnie bersama dua pemimpin lain menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan dilakukan seorang anggota polis yang meminta orang ramai termasuk pemimpin politik keluar daripada kawasan mahkamah.

Kejadian berlaku ketika proses permohonan reman 18 pekebun durian musang king di pekarangan Mahkamah Raub.

Sumber video: https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri/videos/908639576534489
Recommended